Biasanya orang akan menyindir kita kerana orang yang menyindir itu datang dari golongan “zon selesa” (comfort zone). Kadangkala, kritikan dan sindiran itu datangnya dari orang-orang yang rapat dengan kita seperti kenalan, atau ahli keluarga sendiri. Sebenarnya mereka “tidak selesa” dengan kita oleh kerana kita berusaha untuk berjaya lebih daripada mereka. Sindiran dan kritikan yang bersifat negatif terhadap kita adalah semata-mata untuk menarik kita kembali kepada “zon selesa” mereka iaitu tidak berusaha untuk mencapai kejayaan. Ini bertunjang pada sikap dengki, khianat dan lain-lain yang negatif.
Apa yang kita boleh buat?
Secara diam-diam, kita biarkan sahaja (kononnya “memaafkan” mereka yang mengkritik dan menyindir kita). Sekiranya kita diam dan “memaafkan mereka”, kita akan merasa satu ‘bebanan’ hilang dari diri kita. Kita “memaafkan” mereka oleh kerana mereka tidak nampak usaha dan kejayaan kita adalah untuk memperbaiki diri kita sendiri dan keterampilan diri kita. Setelah kita “memaafkan” mereka, teruskan usaha kita dan maju ke hadapan untuk mencapai lebih banyak lagi kejayaan, demi untuk faedah diri kita sendiri. Biarkan mereka bersendirian. Orang yang tidak ada tuju haluan dalam hidup selalunya akan sibuk untuk mengkritik atau menyindir orang lain. Semua itu kerana banyak sangat kekurangan dalam diri mereka dan sudah tentu mereka tidak berupaya menandingi diri kita.
No comments:
Post a Comment