Sunday, May 20, 2012

"The Borneo Incident", jejak kaum pemenggal kepala


 Filem terbaru "The Borneo Incident" tidak berbunyi seakan-akan sebuah filem. Namun itu faktanya. Ia merupakan sebuah filem seram eskperimental pertama terbitan Maverick Media yang diarahkan oleh Michael Helfman.
Filem ini dibintangi oleh pengacara "The 8TV Quickie", Henry Golding sebagai watak utama. Bagi pengacara program 8TV, "Without Boundaries" ini, untuk sekali lagi masuk ke hutan menjalani penggambaran filem itu seperti tidak sukar. Walaupun pada kali ini dia menjelajah isi hutan bukan sebagai hos, tetapi sebagai pelakon, ia adalah sesuatu yang baru yang mengujakannya.
Selain Golding, Hansen Lee, Daphne Iking turut akan membintangi filem ini termasuklah pelakon dari Singapura, Fay Hokulani selain pelakon seksi Carmen Soo dan penyanyi Dennis Lau.
Menurut pengarah filem, Helfman, dia memilih Malaysia sebagai lokasi untuk filemnya ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan budaya dengan mempunyai permandangan yang memukau.
Filem "The Borneo Incident" ini menceritakan pengalaman lima orang sahabat yang mendokumentasikan pengembaraan mereka dari New York, Amerika Syarikat ke Borneo, Malaysia. Tujuan rombongan mereka adalah untuk menjejak semula keluarga Henry yang terkenal dengan kaum 'pemenggal kepala' Iban sehingga tersasar daripada matlamat asal setelah tersesat sehingga memasuki sempadan sebuah puak di Indonesia.
"The Borneo Incident" ini bakal berada di layar perak pada September tahun ini. Filem ini juga dikatakan akan turut dipertandingkan di Festival Filem Toronto sebelum memasuki Malaysia.

No comments: